Tuesday, September 13, 2011

"Sahabat...Jangan Engkau Kalah!"


Ku dongak ke langit biru,
hatiku sayu,
ku toleh ke laut biru,
bayu lembut menerpaku,
menarikku ke dunia dulu

kenangan lalu, 
membuatkan ku tersedu,
air mata terus berderai laju,
kerna khilafku,
pada dirimu,

diam kamu,
ku tidak ambil tahu,
kerna yang ku tahu,
cuma aku, aku dan aku, 
bukannya kamu,
tanpa terdetik di kalbu,
untuk tahu,
apa yang tersimpan ditabir hatimu


Tapi, 
sekarang ini,
inginku kau mengerti,
sesal di hati ini,
sayu di hati ini,
sedu di hati ini,
buatkan aku tidak henti,
melafazkan sepenuh hati, 
agar engkau terus dirahmati,
sedar diri,
bersama kami,
terus berdiri,
di dunia realiti

wahai sahabatku siti... 

Sahabat,
jangan engkau kalah,
perlu engkau tabah,
semangatmu janganlah kebah, 
jika engkau rebah,
kami disisi untuk memapah,
susah menjadi mudah
untukmu Ummirul Syahirah

Ya ALLAH Ya Rabbi,
dosanya.. Kau ampuni,
dirinya..Kau rahmati,
sunyinya.. Kau ada disisi,
mendengar doa ini,
agar diri Umi,
terus disayangi,
ameen

Saturday, February 12, 2011

Warna-warna Melingkari Hari

Hai..assalamualaikum..semoga kita sentiasa dalam rahmat Ilahi..
Ada hari..kita ketawa,
Ada hari..kita menangis,
Ada ketika kita bahagia,
Ada ketika kita bersedih,
Inilah dikatakan warna-warna hidup.
Ya! Mana mungkin kita tidak diuji.
Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.
Mungkin hari ini..kita tidak mampu  melihat hikmah tersebut..namun tiba masanya akan tersingkap jua..Masa tu kita mampu tersenyum dan bersyukur kerana kemanisannya telah dirasa..