Friday, February 9, 2018

KENAPA ORANG ISLAM BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN?


Soalan: Seorang kawan saya bukan Muslim bertanya, "Kenapakah umat Islam berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan? Apakah faedah puasa?" Boleh Datuk berikan jawapan yang sesuai?
Jawapan:
Semasa Ramadhan, Muslim berpuasa bermula terbit matahari sehingga tenggelam matahari selama sebulan. Puasa itu adalah dengan tidak mengambil makanan dan minuman semasa siang hari. Bagi pasangan yang berkahwin, mereka juga tidak dibenarkan melakukan persetubuhan semasa berpuasa di siang hari. Dalam Bahasa Arab, puasa dipanggil sebagai al-saum (الصوم). Umat Islam akan bangun awal pagi untuk bersahur. Pada penghujung hari (ketika tenggelam matahari), puasa dikira selesai dengan Muslim dibenarkan makan seperti biasa. Selepas berbuka puasa, Muslim akan menunaikan solat Maghrib dan Isyak seperti biasa serta ditambah dengan solat Tarawih di masjid. Dalam bulan Ramadhan, Muslim digalakkan bersedekah, berzikir, membaca al-Qur'an dan melakukan pelbagai kebaikan. Kebiasaannya, al-Qur'an yang mempunyai 114 surah yang merangkumi 6236 ayat dibaca dan ditamatkan dalam tempoh sebulan Ramadhan. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa al-Qur'an adalah satu-satunya kitab suci yang dibaca dan dikhatamkan setiap masa.
Kenapa Muslim Berpuasa?
Muslim berpuasa kerana ia adalah perintah Allah SWT sebagaimana firman-Nya:
 يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-Baqarah:183)

Mungkin sudah terlalu banyak kajian-kajian saintifik yang boleh dibaca berkenaan kelebihan berpuasa. Di sini, kami cuma ingin memfokuskan 3 faedah utama puasa di sisi seorang Muslim. Bagi Muslim, terdapat pelbagai faedah berpuasa. Antaranya adalah:
  1. Ia membantu seseorang untuk menghayati kehidupan mereka yang kurang bernasib baik dengan berlapar dan rasa dahaga sebagaimana yang dirasai oleh mereka. Dalam erti kata lain, seseorang itu akan lebih bersyukur dengan kesenangan hidupnya dan tidak lokek yang membantu mereka yang dalam kekurangan.
  2. Ia memberi seseorang kemampuan untuk mengawal kehendak diri dan nafsu. Semasa berpuasa, umat Islam belajar untuk mengawal kehendak diri seperti lapar dan dahaga serta mengelakkan diri daripada berbuat kejahatan. Seterusnya, ia mengelakkan Muslim bagi melakukan perkara yang lebih membawa kerosakan kepada diri dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak bermanfaat.
  3. Ia menawarkan masa bagi Muslim untuk mensucikan jiwa mereka dan membangunkan kesedaran kemanusian dan spiritual. Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa bagi Muslim dan mereka biasanya menjemput sanak saudara dan sahabat handai berbuka puasa di rumah dan solat berjemaah. Begitu juga sifat pemaaf dan jujur disuburkan dalam bulan Ramadhan ini.
Selain itu, antara kebaikan puasa dari sudut kesihatan adalah:
    1. Mengurangkan berat badan
    2. Menstabilkan gula dalam darah dan meningkatkan kepekaan insulin.
    3. Mengurangkan tahap kolestrol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolestrol HDL (high density lipo-protein).
    4. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
    5. Memberi rehat kepada sistem penghadaman.
    6. Mengawal stres
Ini bermakna, seorang Muslim yang benar-benar berpuasa dan patuh kepada agama semestinya akan menjadi Muslim yang baik dan disenangi semua lapisan masyarakat. Itulah faedah-faedah terbesar berpuasa dalam agama Islam yang mana ia bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya sahaja bahkan seluruh masyarakat sekitarnya tanpa mengira agama dan bangsa.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
23 Mei 2017 bersamaan 26 Sya'ban 1438H

Wednesday, February 7, 2018

Aku bersama KV+KV+KV





ALAM PERGURUAN





Aish...bila mengingatkan anak-anak yang masih merangkak-rangkak membaca..runsing jugak dibuatnya..

Mudah-mudahan diterangkan hati anak-anak untuk mengingat dan diberi kefahaman dalam belajar.

Kisahnya, harini mula belajar perkataan KV+KV+KV. Murid perlu sebut gambar dan barulah eja perkataan. Lepas tu, murid perlu mengingat perkataan yang dibaca. Aku uji murid dengan mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diingatnya. Bila sampai part ni, Farah dan Afeef blur..bole eja 2 suku kata je..Akeef elok je boleh buat. Alahai anak...perlu talian hayat jugak nampaknya..jadi aku pun sebut suku kata..dia perlu eja dengan betul.

Disebabkan anak-anak ni la aku kena ada tahap kesabaran yang tinggi dan memang menguji kesabaran aku selalunya. Kemudian, buat latihan bina ayat berpandukan perkataan ni. Memang kena bimbing beul-betul dengan memberi contoh dan mereka fikir idea untuk bina ayat. 

Gambar-gambar pengajaran ni semua hasil perkongsian guru-guru dalam group telegram. Ada pahala untuk mereka yang rajin kongsi dengan rakan-rakan guru ni. Banyak yang aku ambil dari group dan guna dalam kelas. Aku cuma perlu print dan laminate jadikan kad. Mudah kerja sebab aku bukannya jenis gigih nak buat bahan bantu mengajar ni melainkan bila mood rajin ada dan aku ada masa.































Monday, February 5, 2018

Do you haVe any secreT??


 One day, one friend asked another,

“How is it that you are always so happy?
You have so much energy,
and you never seem to get down.”

With her eyes smiling, she said,


“I know the Secret!”
“What secret is that?”
To which she replied,
“I’ll tell you all about it,
but you have to promise to
share the Secret with others.”

“The Secret is this:
I have learned there is little I can do in my life that will make me truly happy. I must depend on ALLAH to makeme happy and to meet my needs.
When a need arises in my life,I have to trust ALLAH to supply according to HIS riches.
I have learned most of the time I don’t need half of what I think I do.
HE has never let me down.
Since I learned that ‘Secret’, I am happy.”

The questioner’s first thought was,


“That’s too simple!”
But upon reflecting over her own life
she recalled how she thought a bigger house
would make her happy, but it didn’t!
She thought a better paying job
would make her happy, but it hadn’t.
When did she realize her greatest happiness?
Sitting on the floor with her grandchildren,
playing games, eating pizza or reading a story,
a simple gift from ALLAH.

Now you know it too!


We can’t depend on people to make us happy.
Only ALLAH in HIS infinite wisdom can do that.
Trust HIM!
And now I pass the Secret on to you!
So once you get it, what will you do?

You have to tell someone the Secret, too!


ALLAH in HIS wisdom will take care of you!
But it’s not really a secret…
We just have to believe it and do it…
Really trust ALLAH!