(18 REJAB 1433 H)
3 JUN 2012 (AHAD)
Aku, kak Nah dan adik bawa ayah ke hospital untuk temu janji ayah di Ortho. Rupanya tutup sebab hari tu cuti YDPA dan buat keputusan lepas berbincang ngan abang Ri melalui telefon, bawa ayah ke wad kecemasan disebabkan bisul ayah dah masak. Ya Allah hanya KAU yang mengetahui gelodak hatiku.
Malam ni aku jaga ayah dan esok pagi aku mandikan ayah. Ayah menunjukkan perubahan ketara apabila tak banyak bercakap dan kadang-kadang bising panggil nama kak..tidak ku duga dan ku ketahui itu petanda ayah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.
4 - 5 JUN 2012
Adik Ilah jaga ayah 2 malam.
6 - 7 JUN 2012
Adik Asan jaga ayah. Balik dari kedai mak, adik Asan suruh gi hospital terus sebab ayah mengamuk tak nak mandi. Malam tu aku rasa letih sangat, dengan keadaan tak mandi lagi dan berat sangat rasa nak gi hospital.
Dalam pukul 11, adik Asan call dan suruh mai gak walaupun sekejap. Mak, abang Zuki ngan Hafiq gi hospital tengok ayah dan lapkan badan ayah. Kira-kira pukul 1 baru mak balik.
8 JUN 2012 (18 REJAB 1433 H)
Tarikh keramat yang menyedihkan kami sekeluarga
Hari JUMAAT penghulu segala hari ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terputus segala pertalian dan alam lain ditempuh. Pagi tu dalam pukul 9 aku dikejutkan berita ayah tak sedarkan diri. Abang bagitau sebab adik Asan ada call.
Ya Allah beratnya dugaan ini....
Moga terampun dosa ayah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Mak ngan abang begegas ke hospital. Aku dan Jie gi ngan abang Pi. Sampai kat wad 7 CD, bed 2..tubuh ayah kaku menggunakan oksigen dan mesin jantung dipasang. Doktor kata "ayah dah tenat".
Mak. adik dan Jie bacakan Yassin dekat ayah.
Aku bisikkan syahadah kat telinga ayah..
Hari ni tiba-tiba aku rasa rindu sangat nak dengar suara ayah dan bergurau senda dengan ayah. Tapi tu semua dh jadi lipatan kenangan untukku.
Tak dapat digambarkan gelisah hati ini. Air mata aku laju je turun malam ni. Ya ALLAH kepada Kau jua aku menyandarkan harapan dan doa..Moga Kau terima doa aku.
Orang sayang ayah kerana ALLAH TAALA.
Call mak...ALLAH rindu...buat ayah...rindu tak berpenghujung...moga arwah ayah tenang disisi-Mu...
No comments:
Post a Comment